DENGKIL: 'Kami terperangkap umpama berada di tengah pulau, tidak boleh keluar sebab semua laluan dinaiki air,' kata seorang mangsa banjir di Kampung Sri Tanjung di sini.
Asiah Ismail, 50, yang dibawa keluar menggunakan bot oleh anggota bomba berkata hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan air naik secara mendadak di kampung itu.
"Saya bangun pukul 4 pagi sebab jiran maklumkan air telah mula naik, saya dan suami kemudiannya kemas barang-barang penting untuk letak di tempat lebih selamat.
"Apabila mahu keluar, semua laluan telah dinaiki air dan kami tunggu anggota bomba datang untuk kami pergi ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sri Tanjung di sini hari ini.
BACA SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati beberapa rumah, kereta telah ditenggalami air dan penduduk turut kelihatan menggunakan bot dan berjalan kaki untuk mengambil barang keperluan di rumah masing-masing.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil Saifuddin Mohamad Husin berkata beberapa lokasi di Dengkil telah dinaiki air susulan hujan berterusan dan kejadian ban pecah.
Antara lokasi terjejas adalah Kampung Sri Tanjung, Kampung Cemperai, Kampung Jenderam Hilir dan Pekan Dengkil.
"Kami buat pemantauan secara berterusan dan alhamdulillah, keadaan cuaca makin baik dan diharap air akan cepat surut.
"Ban yang pecah di Kampung Seri Tanjung juga telah dibaiki oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran," katanya.
Saifuddin berkata setakat 5 petang, seramai 120 keluarga di Dengkil telah dibawa keluar dari lokasi banjir dan ditempatkan di beberapa PPS antaranya di Dewan Komuniti Dengkil.
"Kami telah melakukan persediaan awal untuk menghadapi banjir kali ini dan telah dibantu oleh pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain," katanya.
Calon Barisan Nasional Parlimen Sepang Anuar Basiran turut turun padang menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Dengkil.
Ketika ditemui pemberita, Anuar berkata BN akan membantu mangsa banjir yang terperangkap untuk dibawa ke PPS yang telah dibuka.
Beliau berkata pihaknya juga akan menyediakan kenderaan untuk pengundi Parlimen Putrajaya yang berada di PPS untuk mereka keluar mengundi pada Sabtu ini.
"Kami ada pasukan untuk bawa pengundi tunaikan tanggungjawab mereka kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Anggota bomba melakukan proses memindahkan keluarga yang terperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Sri Tanjung, Dengkil hari ini. - Gambar/ Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.