awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa bunuh disyaki didera suspek - Polis

Bernama
Bernama
09/07/2025
07:10 MYT
Mangsa bunuh disyaki didera suspek - Polis
Polis mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada jangkitan kuman pada otot akibat kecederaan, dan tiada kaitan dengan unsur along. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suspek dua beranak yang terlibat dalam pembunuhan seorang pemandu e-panggilan yang dikatakan berhutang dengan mereka disyaki melakukan penderaan secara berterusan terhadap mangsa, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail.

Ringkasan AI
  • Dua beranak ditahan kerana disyaki mendera dan membunuh seorang pemandu e-panggilan yang dikatakan berhutang dengan mereka, dengan kesan kecederaan menunjukkan penderaan berterusan.
  • Polis mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada jangkitan kuman pada otot akibat kecederaan, dan tiada kaitan dengan unsur along.
  • Suspek berusia 73 dan 36 tahun direman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas bedah siasat mengesahkan unsur jenayah.

Beliau berkata ia susulan kesan kecederaan terhadap badan mangsa selain terdapat kesan cedera akibat kemalangan.
"Siasatan lanjut pihak polis mendapati kesan kecederaan pada tubuh mangsa berpunca daripada kemalangan dan penderaan berterusan oleh kedua-dua suspek, tiada kena-mengena dengan unsur along," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Mohd Azam dilaporkan berkata seorang bapa dan anak lelakinya, masing-masing berusia 73 dan 36 tahun ditahan antara 26 hingga 28 Jun lepas, setelah bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat unsur jenayah.
Polis menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia 37 tahun terbabit di kediaman kedua-dua suspek di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, Ampang daripada petugas kesihatan sebuah hospital pada 7.16 petang, 22 Jun lepas.
Bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang pada 23 Julai, didapati terdapat unsur jenayah, punca kematian mangsa kerana jangkitan kuman pada otot disebabkan kecederaan pada kulit dan tulang.
Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu direman 14 hari bermula 27 Jun hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beranak ditahan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#dera dan bunuh
#pemandu e-panggilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan