awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
Remaja perempuan 19 tahun maut jatuh tingkat 19 kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa cedera dalam serangan Ampang meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/11/2012
03:49 MYT
Mangsa cedera dalam serangan Ampang meninggal dunia
Seorang daripada dua lelaki yang cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong Ikan Jelawat Enam, Kampung Ampang Campuran dekat sini semalam disahkan mati di hospital.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa yang berusia 21 tahun yang dihantar ke Hospital Ampang itu mati sejurus tiba di hospital.
Beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan mati di tempat kejadian selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika sedang melepak di taman permainan kawasan berkenaan.
Dua lagi mangsa berusia 21 tahun dilaporkan cedera selepas diserang oleh kira-kira 10 lelaki itu yang menaiki sebuah kereta dan empat buah motosikal yang menyerang mangsa menggunakan senjata dipercayai parang.
Topic Berkaitan
#Ampang
#Kampung Ampang Campuran
#mangsa tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan