Seorang wanita berang apabila rumahnya bukan sahaja dipecah masuk oleh seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya turut diintai ketika sedang mandi.
Perbuatan lelaki yang menceroboh rumahnya dalam keadaan hanya memakai seluar dalam di kampung Padang Jambu, di sini, Selasa lalu sempat dirakam.
Dek kerana terlalu geram wanita berusia 26 tahun itu memuat naik gambar lelaki berkenaan di laman sosial Facebook.
Status yang dimuat naik tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mangsa terserempak dengan suspek yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap kecil di dapur.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki berkenaan bersenjata tajam.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dan ketika itu mangsa baharu pulang dari pasar.
"Mangsa terserempak dan sempat merakam aksi lelaki tersebut tetapi suspek sempat meloloskan diri.
"Mangsa memanggil abangnya tetapi suspek mempunyai senjata segera melarikan diri.
"Mangsa percaya perbuatan itu bukan kali pertama dan sebelum ini pernah memecah masuk serta mengintainya ketika mandi," katanya.
Beliau berkata, polis masih memburu suspek dan meminta orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa jika mempunyai sebarang maklumat berhubung lelaki itu.
"Apa yang kita bimbang tentang keselamatan penduduk kerana suspek sering membawa senjata seperti pisau kecil dan suspek boleh bertindak di luar kawalan hingga membawa kepada kecederaan.
"Kes akan disiasat di bawah seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.
"Sebarang maklumat mengenai suspek boleh laporkan ke balai-balai polis berhampiran atau hubungi bilik gerakan dI talian 09 - 8482222," katanya.
Sinar Harian
Fri Nov 09 2018

Status yang dimuat naik tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Rakyat Cuba mengundi dalam pilihan raya umum
Pilihan raya diadakan di tengah-tengah sekatan ekonomi global terhadap pulau itu.

Pekerja kontrak mengaku tidak bersalah cuba bunuh polis
Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis.

Calon pemilihan UMNO usah terpengaruh dengan kumpulan cuba gugat kerajaan - Ahmad Zahid
Zahid juga tidak mahu ada dalam kalangan calon yang bertindak mendukung parti lain dan mengenepikan perjuangan UMNO.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Protes di Peru ragut 53 nyawa
Kebakaran yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan turut mengakibatkan bangunan bersejarah berdekatan dengan Plaza San Martin musnah.

Presiden Peru, Pedro Castillo ditahan selepas umum bubar Kongres
Presiden Peru Pedro Castillo ditahan pada Rabu, beberapa jam selepas beliau mengumumkan pembubaran sementara Kongres.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Elizabeth Tan ingin cuba untuk hamil hujung tahun ini
Percubaan untuk hamil pada awalnya dirancang pada Julai, namun disebabkan kesibukan bekerja, dia memutuskan untuk menganjaknya sehingga bulan Oktober.

Peniaga kuih didakwa cuba bunuh anggota polis
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Koperal Muhamad Khairul dengan melanggar anggota polis berkenaan.

Pekerja zoo Cuba raikan kelahiran badak sumbu putih
Semua zoo di dunia diminta berikhtiar untuk membiakkannya dalam jagaan rapi dengan harapan sebuah bank sperma dapat dihasilkan.