awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kes rompakan MT Joaquim stabil

Raffi Bachik
Raffi Bachik
09/08/2015
13:49 MYT
Mangsa kes rompakan MT Joaquim stabil
Seorang mangsa mangsa yang bertugas sebagai pegawai kargo kapal berkenaan masih dalam keadaan trauma ketika mendapatkan rawatan. - Foto Bernama
Seorang warga Singapura yang berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dibawa ke Hospital Alor Gajah Melaka kira kira jam 12.30 tengahari Ahad.
Menurut Exco Kesihatan Melaka Datuk Ab Rahman Ab Karim, mangsa berusia 40 tahun itu kini dilaporkan stabil.
Beliau berkata, mangsa yang bertugas sebagai pegawai kargo kapal berkenaan masih dalam keadaan trauma ketika mendapatkan rawatan.
"Sekitar jam 12.30 tengahari seorang mangsa rompakan kapal di Selat Melaka telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan," katanya ditemui di Hospital Alor Gajah di sini, hari ini.
Ab Rahman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan luka anggota badan atau sebarang kecederaan anggota dalaman.
Bagaimanapun, pihak hospital masih memeriksa dan menyiasat apabila mangsa mengadu sakit di bahagian kepala selepas terjatuh atau hentakan ketika kejadian.
Mangsa kemudiannya dibenarkan keluar selepas pemeriksaan doktor dan dibawa oleh APMM ke pejabatnya di Kuala Linggi untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada Sabtu, kapal MT Joaquim dengan muatan 3,500 metrik tan minyak mentah 'Marine Gas Oil' bernilai kira-kira RM2.8 juta dilaporkan hilang.
Namun pihak APMM dengan kerjasama pihak berkuasa negara dan negara jiran berjaya menemui kapal tersebut di perairan Indonesia selepas dipercayai dirompak dan minyak yang dibawa telah hilang.
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Datuk Ab Rahman Ab Karim
#Exco
#Melaka
#mt joaquim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan