awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa lemas terakhir di Bukit Beruntung dijumpai, operasi SAR dihentikan

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2017
06:33 MYT
Mangsa lemas terakhir di Bukit Beruntung dijumpai, operasi SAR dihentikan
Keadaan mayat Muhammad Aiman yang ditemui orang awam di tebing sungai. - Foto: JBPM
Mangsa lemas ketujuh yang juga terakhir dalam insiden sekumpulan kanak-kanak yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini, telah dijumpai, pada jam 1.15 petang.
Jasad Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, yang dalam keadaan terdampar di tebing sungai lebih dari 8 kilometer dari muara, ditemui oleh orang awam.
Mayat telah diserahkan kepada polis dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Pada jam 10.20 pagi tadi, operasi SAR hari ketiga itu telah menjumpai mayat mangsa keenam iaitu Mohd Ikhwan Mohd Ridhwan, 10.
Dia ditemui di tepi sungai dalam kawasan berumput dalam jarak 1 kilometer dari pertemuan Sungai SKC dan Sungai Selangor.
Dengan penemuan jasad Muhammad Aiman, operasi SAR dihentikan serta-merta.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lalu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di sungai itu.
Seorang daripada mereka dilaporkan selamat.
Sebelum ini, lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12.
Topic Berkaitan
#bomba
#Bukit Beruntung
#Kanak-kanak
#mati lemas
#muhammad Aiman Kamarul Ariffin
#Muhammad Ikhwan
#pelajar
#Sungai SKC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan