awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa letupan gas di pangsapuri Jalan Paya Terubong meninggal dunia

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/08/2019
09:17 MYT
Mangsa letupan gas di pangsapuri Jalan Paya Terubong meninggal dunia
Kebocoran gas dan percikan api dari pemetik api dipercayai punca berlakunya letupan di tingkat 20 pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, George Town pada pagi Ahad. - Gambar fail/PDRM
Mangsa letupan gas di tingkat 20 Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, George Town meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan Lee Kok Eang, 62, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ( HPP) kira- kira jam 2 pagi Selasa.
Menurut laporan bedah siasat, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas melecur di seluruh anggota badan.
Kok Eang sebelum ini melecur hampir 80 peratus dalam kejadian letupan gas pada jam 8.16 pagi Ahad lepas.
BACA: Dinding rumah runtuh akibat letupan, wanita warga emas cedera
Kejadian berpunca akibat kebocoran gas dan percikan api dari pemetik api mangsa yang ketika itu mahu menyalakan api rokoknya.
Akibat letupan itu, mangsa melecur teruk di badan manakala, anak lelaki, menantu dan cucu mangsa tidak mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#Che Zaimani Che Awang
#Hospital Pulau Pinang
#HPP
#Lee Kok Eang
#letupan
#melecur badan
#meninggal dunia
#Pangsapuri Green Garden
#paya terubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan