awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Garis masa Perjanjian Tarif Timbal Balas Indonesia-AS dianjak ke Februari
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa ragut ditahan polis selepas langgar mati suspek

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/07/2017
10:30 MYT
Mangsa ragut ditahan polis selepas langgar mati suspek
Keadaan kenderaan mangsa ragut yang melanggar mati suspek. - PDRM
Tindakan mangsa ragut yang ingin mendapatkan kembali beg silangnya yang diragut membawa padah selepas dia ditahan kerana melanggar mati suspek yang meragutnya.
Dalam kejadian berhampiran lampu isyarat Pangsapuri Garden@ One South dekat Seri Kembangan awal pagi tadi, suspek peragut maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, sebelum kejadian mangsa, seorang pelajar warga Yaman sedang minum di restoran mamak di SP2 Serdang Perdana, kira-kira 3.30 pagi sebelum didatangi suspek yang meragut beg silangnya.
"Tindakan itu menyebabkan pelajar berkenaan mengejarnya dengan menaiki kereta kira-kira tiga kilometer sebelum melanggar motosikal ditunggangi suspek,
"Siasatan unit forensik di lokasi kejadian menemui beg mangsa yang mengandungi passport, i-kad, dompet berisi wang tunai RM2,050 dan AS$500 bersama suspek," katanya dalam kenyataan.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah, menyebabkan kecederaan dan melakukan ugutan jenayah.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala lelaki Yaman berusia 20-an itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Megat Mohamad dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri kerana boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Topic Berkaitan
#jenayah
#mati
#maut
#polis
#ragut
#siasatan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan