Mangsa serangan masjid di Christchurch, Rahimi Ahmad telah menunjukkan tanda-tanda positif namun perlu menjalani pembedahan susulan, esok.
Rahimi, 39, pekerja kilang susu di New Zealand, yang terkena dua das tembakan ketika serangan di Masjid Al-Noor Jumaat lepas, masih bergantung kepada mesin pernafasan di Unit Rawatan Rapi dan dijadual menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sisa peluru, esok.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata ibu Rahimi, Rokiah Mohammad dan abangnya, Rosdi Ahmad baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch kira-kira pukul 5.00 pagi ini dan terus bergegas ke Hospital Christchurch di mana semua mangsa warga Malaysia sedang mendapat rawatan.
"Kami difahamkan oleh pihak hospital bahawa kecederaan Rahimi telah menunjukkan tanda positif tetapi dia perlu menjalani pembedahan wash out selanjutnya esok," katanya dalam satu pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp di sini hari ini.
Semalam, Azrul bersama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh mewakili Kerajaan Negeri menemani ibu Rahimi, Rokiah, 65, dan Rosdi, 42, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang 3.30 petang semalam bagi melihat perkembangan mangsa tembakan itu.
Sementara itu, Azrul bersama Phee turut berkesempatan melawat dua lagi mangsa warga Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib dan Mohd Nazril Hisham Omar yang turut menerima rawatan.
Mohd Tarmizi yang cedera di bahagian belakang badan dijangka menjalani pembedahan esok manakala Nazril yang cedera di kaki dan belakang badan pula perlu menjalani pembedahan untuk "wash out".
Azrul berkata, Tarmizi dan Nazril telah sedar dan kelihatan stabil ketika lawatan bersama Phee ke wad hospital berkenaan tetapi mereka memerlukan pembedahan susulan lagi.
BACA: Tragedi solat Jumaat: 'Mohon doakan Haziq ditemui segera' - Ibu saudara
"Apa yang membimbangkan, saya difahamkan bahawa anak kepada Tarmizi, Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, masih belum ditemui. Kita berharap Haziq akan dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau juga memohon rakyat Malaysia supaya terus berdoa agar semua mangsa di sini cepat sembuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2019
Rahimi (kiri), 39, pekerja kilang susu di New Zealand, yang terkena dua das tembakan ketika serangan di Masjid Al-Noor Jumaat lepas, masih bergantung kepada mesin pernafasan di Unit Rawatan Rapi dan dijadual menjalani pembedahan esok. - Foto Facebook
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.