awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa terakhir bot karam di Kunak ditemui lemas

Petrus Bernard
Petrus Bernard
14/01/2022
09:19 MYT
Mangsa terakhir bot karam di Kunak ditemui lemas
Mangsa dikenali sebagai Saujal Mangguna, 31, ditemui pada jam 10.40 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), nelayan dan ahli keluarga ketika operasi dilakukan. - Astro AWANI
KUNAK: Satu lagi mangsa bot karam ditemui dalam keadaan terapung di perairan Pulau Tagabua, di sini, pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Saujal Mangguna, 31, ditemui pada jam 10.40 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), nelayan dan ahli keluarga ketika operasi dilakukan.
Dua lagi yang ditemui lemas semalam iaitu anak mangsa dikenali sebagai Mohd Haizal, 5 dan adiknya, Suriani, 3, manakala ibu mereka yang terselamat dikenali sebagai Kalsum Alam, 35.
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang maut ialah tiga orang manakala seorang lagi terselamat dalam kejadian ini.
"Pusat kawalan tempat kejadian operasi menyelamat mangsa bot karam memaklumkan bahawa seorang lagi mangsa ditemui terapung di perairan terbabit.
"Ahli keluarga mengesahkan bahawa mayat yang terapung adalah mangsa terakhir dalam kejadian bot karam itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya lagi, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kunak untuk tujuan proses bedah siasat.
Terdahulu, Sabarudin memaklumkan, kejadian berlaku ketika semua mangsa dalam perjalanan dari kampung mereka di Kampung Bangkuruan Lahad Datu ke Pekan Kunak.
"Mereka dipercayai keluar membeli barang keperluan harian di Pekan Kunak dan sebaik tiba di lokasi, bot yang dinaiki dipukul ombak akibat angin kencang dan menyebabkan bot mereka terbalik," katanya.
BACA: Dua lemas, dua hilang dalam kejadian bot karam
Sabarudin turut menasihatkan orang ramai atau penduduk kampung supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa berhati-hati ketika menjalankan aktiviti di laut terutama dalam keadaan cuaca ribut dan laut bergelora.
"Orang awam yang menjadikan laut sebagai laluan perhubungan dinasihatkan sentiasa memakai jaket keselamatan dan membawa keperluan peralatan keselamatan yang lain," katanya.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Pulau Tagabua
#Saujal Mangguna
#Mohd Haizal
#Suriani
#Kalsum Alam
#Polis Daerah Kunak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan