KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempertimbang pemberian moratorium secara menyeluruh sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, kata Felo Institut Kajian Analisis Politik Malaysia Md Shukri Shuib.
Beliau berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu menyediakan pemberian moratorium itu untuk memastikan kumpulan ini tidak terbeban dengan masalah kewangan yang dihadapi ketika ini.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan perlu memastikan pemohon menyediakan dokumentasi sebagai membuktikan mereka adalah mangsa banjir.
"Ini berikutan institusi perbankan mempunyai dana pengukuhan di mana sekiranya mereka menyediakan pemberian moratorium itu tanpa menjejaskan keuntungan institusi perbankan itu," katanya menerusi program Koresponden Bernama hari ini.
Sementara itu, Md Shukri berkata semua pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan perlu bersama-sama membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Sebagai contoh katanya, kerajaan perlu menyediakan satu mekanisme baharu antaranya menyediakan bengkel panel khas untuk membaik pulih kenderaan yang tenggelam akibat banjir.
"Ini akan membantu mangsa, sekali gus memberikan (peluang kepada) sektor automotif untuk berkembang. Ia juga memberi peluang kepada graduan lepasan bidang automotif untuk menggunakan kemahiran mereka bagi membantu dan membaiki kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu sediakan pemberian moratorium untuk pastikan kumpulan itu tidak terbeban masalah kewangan. - Gambar fail/Bernama
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.