Manifesto Barisan Nasional yang diumumkan malam tadi disifatkan oleh pemimpin komponen BN sebagai satu rahmat kepada rakyat Malaysia.
Ia juga disifatkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tepat pada masanya.
"Ini bukan manifesto kilauan yang dianggap sebagai satu khayalan dan fantasi. Kerugian akan dihadapi oleh negara jika manifesto parti lawan dibenarkan.
"Parti lawan tidak tahu apa-apa tentang kewangan negara (dan) sebab itulah dia buat manifesto yang agak bodoh," kata beliau.
Klik video untuk komen dan reaksi pemimpin komponen BN.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata manifesto itu merupakan peluru yang terbaik bagi BN menghadapi Pakatan Rakyat dalam PRU-13.
"Ia telah memberi hala tuju kepada negara. Contohnya unit khas akan ditubuhkan untuk memantau kejayaan kaum India. PM juga akan menyediakan dana khas untuk memastikan ekuiti kaum India dinaikkan kepada 3 peratus.
"Ini semua janji-janji yang akan dilaksanakan oleh PM dalam masa lima tahun," katanya.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil pula berkata, wanita Malaysia diberi perhatian yang begitu istimewa sekali menerusi manifesto BN.
"Penyertaan wanita diberi kepentingan apabila 30 peratus wanita akan dipastikan diberi jawatan membuat keputusan. Wanita akan sentiasa menjadi tulang belakang dalam pelbagai sektor dalam negara," katanya.
Dalam pada itu, penganalisis politik menyifatkan manifesto BN ini banyak menumpukan kepada usaha menangani kos sara hidup rakyat demi meningkatkan taraf hidup mereka.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani, Dekan Kolej Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) manifesto BN itu akan menarik perhatian pengundi daripada golongan berpendapatan rendah.
“Agenda BR1M, Klinik 1 Malaysia dan bantuan RM1,200 untuk yang berkeluarga dilihat dapat mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah selain dapat meningkat taraf hidup” katanya kepada Astro Awani.
Selain dari itu, Azizuddin juga menarik perhatian kepada dua perkara menarik yang dibentangkan dalam manifesto BN yang dilihat sebagai perkara yang tepat untuk dilakukan ketika ini iaitu rancangan mewujudkan kementerian baru yang khas dalam menangani sosioekonomi di bandar dan rancangan mewujudkan pembangunan di Malaysia Timur.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor, Prof. Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, manifesto BN untuk PRU13 merangkumi pelbagai aspek dalam meneruskan misi Wawasan 2020.
“17 agenda yang dibawa BN dilihat amat komprehensif dan penuh bertanggungjawab dalam usaha kerajaan untuk menaikkan taraf hidup rakyat” katanya lagi.
Mustafa juga berkata bahawa adalah satu kerugian besar kepada rakyat jika tidak memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pemerintahannya.
Astro Awani
Sun Apr 07 2013
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.