awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar

Bernama
Bernama
05/10/2017
23:36 MYT
Manifesto BN Selangor termasuk usaha atasi miskin bandar
Noh menunjukkan bahagian bangunan yang perlu dibaik pulih di pangsapuri Puchong Permai ketika membuat lawatan kerja ke DUN Seri Serdang Parlimen Puchong pada Khamis, 5 Okt, 2017. --fotoBERNAMA
Manifesto Barisan Nasional Selangor bagi pilihan raya umum ke-14 akan memberi tumpuan antara lain kepada usaha mensejahterakan masyarakat miskin bandar.
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata ini kerana masalah miskin bandar di negeri itu kurang diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri sekarang termasuk dalam aspek perumahan.
"Manifesto ini akan memberi pembelaan kepada masyarakat miskin bandar, saya kesian tengok rumah-rumah mereka ini sampai bumbung bocor, cat bangunan tumbuh kulat, paip bocor dan yang sering berlaku lif rosak, rumah pula di tingkat 10, jadi macam mana?
"Yang nak jaga rakyat betul-betul adalah Barisan Nasional sahaja, kita buat kerja demi rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, di sini pada Khamis.
Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengumumkan peruntukan RM7.1 juta bagi membaik pulih empat kawasan perumahan pangsapuri kos rendah di DUN Seri Serdang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DUN Seri Serdang
#Manifesto
#Noh Omar
#Pengerusi BN Selangor
#pilihan raya umum
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan