awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mantan KSU Kementerian Kesihatan Datuk Ismail Adam meninggal dunia

Bernama
Bernama
21/04/2022
11:43 MYT
Mantan KSU Kementerian Kesihatan Datuk Ismail Adam meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Ismail Adam meninggal dunia tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat penyakit angin ahmar.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Ismail Adam meninggal dunia tengah hari tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, akibat penyakit angin ahmar.
Perkara itu sahkan abang Allahyarham Ab Rahman Adam, 83, ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata Ismail, 77, meninggal dunia pada pukul 12 tengah hari dan meninggalkan isteri Datin Hasnah Abu Bakar dan empat orang anak.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau adalah pada dua bulan lalu, ketika perkahwinan cucu saudara saya, dan arwah merupakan seorang yang lemah lembut dan terpelajar. Beliau juga merupakan graduan lepasan Universiti Malaya tahun 1969 dan merupakan seorang penjawat awam yang sangat berdedikasi," katanya.
Terdahulu, jenazah Ismail disembahyangkan di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Kuala Lumpur.
Ismail pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai Menteri di kementerian itu pada 1988 sehingga 1999.
Sumbangan Allahyarham antaranya termasuklah pernah terlibat dalam perancangan asal pembinaan Istana Budaya.
Beliau yang memiliki Sarjana dalam Pentadbiran Awam di Pennsylavania State University, Amerika Syarikat turut pernah memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha KKM pada 1999 sehingga 2000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ismail Adam meninggal dunia
#KSU Kementerian Kesihatan
#angin ahmar
#Sabbaruddin Chik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan