awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manusia antara tertinggi dunia lawat ESSCom bantu promosi keamanan sejagat

Bernama
Bernama
19/12/2014
23:00 MYT
Manusia antara tertinggi dunia lawat ESSCom bantu promosi keamanan sejagat
Dengan ketinggian 2.56 meter, Ijaz Ahmed, 26, dinobatkan sebagai lelaki kedua tertinggi di dunia. - Gambar Fail Bernama
Warga Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini teruja melihat manusia yang dipercayai kedua tertinggi di dunia singgah di ibu pejabat ESSCOM sempena lawatannya ke pantai timur Sabah.
Ketibaan Ijaz Ahmed, 38, dari Pakistan memiliki ketinggian 2.56 meter (8 kaki 2 inci) yang disifatkan sebagai antara manusia tertinggi dunia disambut Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun.
Turut hadir Timbalan Komander ESSCom Brig Jen Subari Tomo, Ketua Komponen Pusat Operasi Brig Jen Datuk Tuan Roslan Tuan Ismail dan staf kanan ESSCom.
Ijaz berkata lawatannya ke pantai timur Sabah, antara lain, bertujuan mempromosikan keamanan sejagat khususnya di Sabah.
"Saya datang ke sini dengan inisiatif sendiri, sekaligus memberi mesej kepada dunia bahawa kawasan pantai timur Sabah atau Zon Selamat Timur Sabah ESSZone selamat untuk dilawati.
"Kalau ada peluang saya akan melawat lagi ke pantai timur Sabah, khususnya ESSCom," katanya di dalam kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat ESSCom di sini.
Ijaz yang telah beberapa kali berkunjung ke Malaysia termasuk melawat Kota Kinabalu akan berada di sini untuk beberapa hari bagi memberi peluang masyarakat merakam gambar kenangan dengan bayaran minimum sebagai derma mengisi tabung amal.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Ijaz Ahmed
#Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan