awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manuskrip al-Quran Terengganu versi AR boleh didapati di portal My5G TRX

Bernama
Bernama
27/03/2024
21:30 MYT
Manuskrip al-Quran Terengganu versi AR boleh didapati di portal My5G TRX
Dr Mazlan berkata manuskrip itu diakui paling indah di Asia Tenggara kerana warna yang kekal indah serta penggunaan emas pada iluminasi dan kaligrafi tekal. - Gambar fail BERNAMA
KUALA NERUS: Manuskrip al-Quran Terengganu yang diinovasikan ke bentuk teknologi realiti terimbuh (AR) kini boleh didapati di Pusat Pengalaman Canggih Portal My5G di Tun Razak Exchange (TRX).
Inisiatif itu hasil usahasama antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat telco gergasi dari Sweden.
Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata inisiatif berkenaan diambil bagi memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai keindahan manuskrip al-Quran Terengganu dalam versi AR.
Beliau berkata manuskrip itu diakui paling indah di Asia Tenggara kerana warna yang kekal indah serta penggunaan emas pada iluminasi dan kaligrafi tekal.
"Manuskrip asal al-Quran tersimpan rapi di muzium. Pengunjung tidak dibenarkan menyentuh artifak berharga itu kerana dibimbangi akan merosakkannya.
"Oleh itu, UMT mengambil inisiatif membangunkan versi digital manuskrip menggunakan teknologi AR. Melalui realiti tambahan, orang ramai boleh merasai pengalaman mendalam keindahan setiap elemen kaligrafi, warna semula jadi dan juga tekstur halus lapisan penutup kapas manuskrip al-Quran seolah-olah memegangnya di tangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Selain itu, Mazlan berkata langkah UMT meletakkan manuskrip al-Quran Terengganu versi AR di Portal My5G bertujuan menyokong usaha negara mendapatkan pengiktirafan memori dunia daripada UNESCO.
Beliau berkata UMT telah merangka pelbagai inisiatif dalam bidang pendidikan, pemuliharaan dan pendigitalan untuk mempromosikan manuskrip al-Quran Terengganu ke peringkat global.
"Saya turut mengalu-alukan agensi lain turut serta sebagai rakan usaha sama dan mereka akan dimasukkan dalam laporan pemeliharaan warisan UNESCO sekiranya impian ini menjadi realiti," katanya.-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Unesco
#TRX
#Portal My5G
#manuskrip al-Quran Terengganu versi AR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan