KUALA LUMPUR : Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar diberi pertimbangan.
Jelas Felo Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis, ia mungkin mampu menjadi salah satu langkah bagi mengelak Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal.
"Kita melihat kalau diambil sahaja mereka yang pakar dan mereka pakar ini juga tidak ada kelebihan, bijak di jalanan, maka kita akan terperangkap dengan MAPEN yang ahlinya dalam lingkaran elit ekonomi atau elit politik.
"Beliau pernah mencadangkannya sekitar tahun 2016, ia tidak boleh diselia di bawah eksekutif tetapi di bawah Majlis Raja Raja yang saya rasa ini adalah satu idea yang boleh kita cuba bagi memastikan negara kita tidak tergelincir dalam negara gagal seperti dikhuatirkan," katanya pada Isnin.
Sebelum ini, Nazir berkata, Malaysia memerlukan model negara baharu 3.0 yang dipacu melalui amalan demokrasi bermusyawarah dalam membawa kemakmuran inklusif termasuk penubuhan MAPEN 2.0 dengan selian bukan ahli politik.
Mengulas lanjut, kata Mujibu, MAPEN 2.0 perlu diwakili ahli jawatankuasa yang bukan sekadar gah pada nama, namun mampu memenuhi kehendak dan merasai denyut nadi sebenar rakyat.
Dalam pada itu, Mujibu turut bersetuju dengan kenyataan Nazir Razak bahawa wujud ciri-ciri negara untuk cenderung kepada negara gagal.
"Kalau kita mengukur adakah Malaysia ini negara gagal, kita masih lagi tidak menjadi negara gagal. Kalau kita tengok kepada indeks tiada lagi menunjukkan gagal sama ada disebabkan rampasan kuasa, ekonomi jatuh merudum, atau perang saudara. Itu negara tidak gagal.
"Namun, saya setuju dengan Tan Sri Nazir Razak bahawa ciri-ciri untuk cenderung menjadi negara gagal itu sudah wujud. Saya rasa kalau kita terus mengenang perkara lama, ia tidak betul. Namun kita ambil pengajaran lalu untuk memulihkan ekonomi kita, selain mengambil kepimpinan yang sangat kompeten dan bertanggungjawab," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Mon Jun 06 2022
Mujibu berkata, cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB, Tan Sri Nazir Razak agar MAPEN 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar diberi pertimbangan. - Foto fail
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.
Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.
Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.
Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.
Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.
Adaptasi filem, Nazir Razak pilih Syafiq Kyle?
Tokoh perbankan negara itu kagum dengan lakonan Syafiq Kyle drama Astro Original, One Cent Thief.