Konsep Maqasid Syariah akan dijadikan dasar pentadbiran negara supaya hasil pelaksanaannya dilihat lebih praktikal serta menyeluruh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia sekali gus dapat membina negara tanpa kejumudan serta terdedah rasuah.
"Kita perlu tolak jumud dan maki hamun jika ada sebarang perbezaan pandangan. Penting untuk membina negara tanpa rasuah kerana dosanya sama seperti tidak solat.
"Usaha ini akan mengambil sedikit masa, kerana itu saya tekankan dasar Islam dengan penuh rahmah," katanya semasa menjadi tamu program Bicara Minda Sinar Harian di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, mana-mana pihak yang menentang pelaksanaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah 355 (RUU355) tidak wajar digelar sebagai anti syariah.
Jelasnya, pelaksanaan hukum itu merangkumi pelbagai aspek termasuk ekonomi serta kemakmuran negara dan bukan hudud semata-mata.
Dalam perkembangan berasingan, Mujahid menasihatkan golongan pendakwah agar menyampaikan isi kuliah agama yang benar-benar memberi kesan kepada pendengar.
"Mereka perlu meletak satu contoh pendakwah yang beradab dan berakhlak. Isi kandungan yang disampaikan itu penting, kalau kita dengar ia dapat memberi kesan.
"Mengajar agama itu bukan hanya untuk orang ketawa atau berjenaka semata-mata," katanya.
Wan Syamsul Amly
Tue Feb 12 2019
Konsep Maqasid Syariah akan dijadikan dasar pentadbiran negara supaya hasil pelaksanaannya dilihat lebih praktikal serta menyeluruh.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Isu TH: 'Saya rayu tubuhkan RCI, sedia jadi orang pertama beri komitmen' - Azeez
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diseru agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.
Maqasid Syariah akan jadi dasar pentadbiran negara - Mujahid
Konsep Maqasid Syariah akan dijadikan dasar pentadbiran negara supaya hasil pelaksanaannya dilihat lebih praktikal serta menyeluruh.
Zeti sokong TH diletak di bawah Bank Negara
Keputusan Kabinet meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) dibawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) mulai Januari depan dipersetujui oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.