awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku

Bernama
Bernama
29/02/2024
11:43 MYT
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Pemeriksaan terhadap 1,257 kotak seberat 15,084 kg keratan ayam sejuk beku itu, pada Selasa, mendapati pengisytiharan barangan itu tidak tepat dan mengelirukan. - Foto Maqis
ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 27,564 kilogram (kg) keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Selasa lepas.
Pengarah Maqis Kedah Hisham Abu Bakar berkata pemeriksaan terhadap 1,257 kotak seberat 15,084 kg keratan ayam sejuk beku itu, pada 12 tengah hari, mendapati pengisytiharan barangan itu tidak tepat dan mengelirukan.
Selain itu katanya sebanyak 1,040 kotak seberat 12,489 kg keratan ayam sejuk beku yang tidak memiliki sijil halal dan sijil kesihatan turut dirampas untuk tindakan lanjut.
"Kesemua ayam dirampas dianggarkan bernilai RM275,640. Kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan Seksyen 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya tindakan penguatkuasaan undang-undang menerusi operasi bersama agensi akan terus diperkasa bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasil pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#ayam sejuk beku
#Bukit Kayu Hitam
#diimport dari Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan