awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Pulau Pinang rampas 27 tan sosej bernilai lebih RM37,000

Bernama
Bernama
20/12/2024
14:30 MYT
MAQIS Pulau Pinang rampas 27 tan sosej bernilai lebih RM37,000
MAQIS Pulau Pinang merampas 27 tan produk sosej sejuk beku bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara hari ini. - Foto MAQIS Pulau Pinang (via BERNAMA)
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 27 tan produk sosej sejuk beku bernilai RM37,617 di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara di sini hari ini.
MAQIS Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas sebuah kontena dari China mendapati dokumen import mengelirukan dengan pengimport mengisytiharkan konsainan dagangan yang dibawa masuk itu daripada jenis Frozen Cuttlefish Intestines.
"Hasil keputusan analisis sampel melalui kaedah analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) mendapati konsainan berkenaan mempunyai DNA ayam, berbeza dengan kandungan yang diisytiharkan.
"Kemasukan sosej tanpa pengesahan Sijil Kesihatan Veterinar dan Sijil Halal boleh menyebabkan risiko kemasukan makanan berasaskan haiwan yang dikhuatiri kesahihan dalam aspek keselamatan agromakanan dan halal," menurut kenyataan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis pulau pinang
#rampas
#sosej sejuk beku
#Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan