NATIONAL
MARA siasat dakwaan buli pelatih OKU di GiatMARA Alor Gajah

Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan buli, sama ada secara fizikal atau mental. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua individu termasuk pelatih yang didakwa menjadi mangsa buli di GiatMARA Alor Gajah, Melaka seperti yang tular baru-baru ini akan dipanggil pihak pengurusan esok bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan.
Ringkasan AI
- MARA akan siasat kes buli di GiatMARA Alor Gajah dan telah arahkan tindakan segera.
- MARA tidak akan berkompromi dengan buli dan bertegas tiada tempat untuk pembuli di mana-mana institusinya.
- Kes ini tular selepas dakwaan pelajar OKU jadi mangsa gurauan kasar dalam video yang tersebar.
Beliau menegaskan MARA tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan buli, sama ada secara fizikal atau mental.
Katanya tiada tempat untuk pembuli di mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej MARA, Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), German-Malaysian Institute (GMI), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) serta Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata pengurusan MARA di semua peringkat serta IPMA memahami prinsip beliau terhadap isu berkenaan, dan tindakan paling tegas akan diambil jika terbukti berlaku salah laku atau jenayah buli.
Baru-baru ini, tular di media sosial klip video berdurasi dua minit yang memaparkan seorang pemuda mendakwa terdapat pelatih berstatus orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran menjadi mangsa buli di GiatMARA Alor Gajah.
Pemuda berkenaan mendakwa terkejut apabila pelajar OKU terbabit, yang baru dikenalinya di gelanggang badminton, menceritakan kejadian itu kepadanya.
Dalam video berkenaan, mangsa yang sedang baring di atas lantai kelihatan terkejut apabila satu objek berwarna putih dilempar ke arahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami