KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menambah baik Program World's Top Universities (WTU) di bawah penganjuran pelajaran dengan meluaskan pilihan universiti daripada 30 ke 50 universiti terbaik dunia.
Mara dalam kenyataan hari ini memaklumkan Program WTU merupakan program pinjaman pelajaran Mara, kepada pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti terbaik dunia.
Menurutnya, sesuai dengan peluang itu, Mara mengambil inisiatif melanjutkan tempoh permohonan pinjaman pelajaran bagi program WTU dari 29 Jun hingga 8 Julai 2021.
Menurut Pengerusi Mara Datuk Azizah Mohd Dun, melalui penambahbaikan itu, ia dapat memperluaskan pilihan universiti terbaik kepada pelajar dalam memilih bidang yang bersesuaian dan diminati untuk menyambung pengajian.
"Trend dan permintaan yang tinggi terhadap permohonan untuk melanjutkan pengajian ke negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Kanada dan lain-lain yang menyediakan kualiti pendidikan terbaik turut diambil kira," katanya.
MARA-WTU 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Kenyataan itu juga memberitahu penetapan universiti terbaik adalah berpandukan kepada QS World University Rankings yang dikeluarkan oleh International Ranking Expert Group (IREG) dan Badan Profesional Malaysia berasaskan universiti yang mempunyai reputasi kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi.
"Program WTU ini terbuka kepada pelajar cemerlang yang telah lulus pengajian persediaan dalam International Baccalaureate (IB), A-Level, Foundation, Asasi, Diploma dan Matrikulasi. Di samping itu juga, ia turut dibuka kepada pelajar sedia ada yang layak dan memiliki baki pengajian sekurang-kurangnya setahun," menurut kenyataan itu.
Jelasnya, seramai 3,569 pelajar tajaan Mara kini sedang mengikuti pengajian luar negara termasuklah di beberapa universiti terbaik dan program pinjaman pelajaran Mara telah diwujudkan sejak 1966 dan telah menaja seramai 543,259 pelajar.
"Bagi 2021, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion di bawah program pinjaman ini dengan menyasarkan 60,000 pelajar menerima manfaat penajaan di bawah skim pinjaman boleh ubah di universiti di dalam dan luar negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Mara mengambil inisiatif melanjutkan tempoh permohonan pinjaman pelajaran bagi program WTU dari 29 Jun hingga 8 Julai 2021.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
MARA rancang perluas TVET Tahfiz dengan perbanyakkan kursus jangka pendek
GiatMara dalam hala tuju sehingga 2030 akan memperbanyakkan program TVET Tahfiz yang dijalankan bawah konsep GVTH.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Mara sedia pembiayaan untuk hantar anak, cucu peneroka Felda belajar di luar negara - Zahid
Mara akan menyediakan pembiayaan pendidikan kepada anak dan cucu peneroka Felda bagi tujuan melanjutkan pengajian ke luar negara.
MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
MCMC bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 IPMa bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
'Anak VIP atau VVVIP sekalipun, you touch you go' - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya tidak akan menutup sebarang perilaku yang dilakukan pelajar termasuk anak-anak kenamaan.
Hala tuju TVET MARA perkukuh ekosistem TVET lebih mampan - Rubiah
UniKL terus mengekalkan kadar kebolehpasaran graduannya yang tinggi sebanyak 97.1 peratus berdasarkan laporan kajian pengesanan graduan dijalankan KPT.
MARA Johor peruntuk RM30 juta untuk usahawan IKS Johor
MARA Johor memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada usahawan dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri tersebut bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.