MARANG: Sebuah lagi rumah sembelihan haiwan ternakan berstatus halal di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) diwujudkan di sini, sekali gus menjadikan Marang daerah kelapan yang memiliki pusat penyembelihan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, projek bernilai RM500,000 itu dijangka dapat beroperasi pada Mac depan.
Menurutnya, pihaknya menerusi JPV kini dalam proses memohon peruntukan tambahan untuk menaik taraf rumah sembelihan tersebut bagi penambahbaikan peralatan fasiliti seperti mesin, papan sembelihan serta ‘crane hoist’.
Katanya, rumah sembelihan itu mampu menampung kira-kira 15 ekor lembu atau kerbau, 20 ekor kambing dan 300 arnab sehari.
"Kita harap dengan pembinaan rumah sembelihan ini, proses penyembelihan haiwan ternakan akan dapat dilakukan dengan lebih teratur, dalam keadaan kebersihan yang terjamin karkas-karkas yang dihasilkan.
"Seterusnya, membolehkan pemantauan dibuat pihak jabatan, berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan daging-daging, haiwan-haiwan yang akan disembelih.
"Kita hendak supaya rakyat bukan sahaja dapat bekalan makanan yang cukup, tetapi dalam masa yang sama, yang bersih dan selamat. Inilah yang dinamakan sebagai keselamatan makanan," katanya semalam.
Terdahulu, Azman menyaksikan majlis pecah tanah rumah sembelihan tersebut di sini.
Berdasarkan rekod dari Januari hingga November tahun ini, sebanyak 4,979 haiwan disembelih dan mendapat permit, manakala tahun 2020 pula mencatatkan sebanyak 3,793 ekor.
Astro Awani
Thu Dec 09 2021
Azman berucap merasmikan majlis pecah tanah rumah sembelih haiwan ternakan berstatus halal di Marang, 9 Dis 2021. - Foto Astro AWANI
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Marang bakal miliki pusat sembelihan haiwan ternakan halal
Projek bernilai RM500,000 itu dijangka dapat beroperasi pada Mac 2022.