awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia bantu bawa bayi lemas di Tioman

Bernama
Bernama
18/06/2017
12:47 MYT
Maritim Malaysia bantu bawa bayi lemas di Tioman
Bayi lelaki berkenaan, S. Raajihesh dari Selangor sebelum itu dilaporkan hampir lemas ketika mandi bersama keluarga di pantai Kampung Air Batang, Pulau Tioman. - Gambar hiasan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur malam semalam membantu membawa seorang bayi berusia setahun yang hampir lemas menaiki bot dari Pulau Tioman untuk mendapatkan rawatan di Hospital Rompin.
Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata, Pusat Operasi Maritim Malaysia Wilayah Timur (WILTIM) menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dari Klinik Kesihatan Pulau Tioman kira-kira 7.52 malam.
Menurutnya, bayi lelaki berkenaan, S. Raajihesh dari Selangor sebelum itu dilaporkan hampir lemas ketika mandi bersama keluarga di pantai Kampung Air Batang, Pulau Tioman.
"Mangsa, bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ibunya dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Tioman untuk menerima rawatan, namun perlu menerima rawatan lanjut di hospital.
"Maritim Malaysia kemudian menugaskan Bot Penggalang 14 untuk membawa mangsa dari Pulau Tioman dan tiba di Jeti Tanjung Gemuk pada 11 malam sebelum dikejarkan ke Hospital Rompin," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata Maritim Malaysia sentiasa bersedia memberi bantuan tanpa mengira waktu melalui aset yang dimiliki.
Orang ramai yang berhadapan kes kecemasan di laut boleh terus hubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Timur yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#bayi
#lemas
#maritim
#Pulau Tioman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan