awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan bot nelayan guna pekerja Myanmar

Bernama
Bernama
18/11/2017
09:29 MYT
Maritim Malaysia tahan bot nelayan guna pekerja Myanmar
Maritim Malaysia menahan empat tekong bersama awak-awak warga Myanmar di Pulau Kendi di sini, semalam. - Gambar fail
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menggunakan tekong dan awak-awak warga Myanmar tanpa kebenaran di kedudukan 15.2 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang, Hamizan Harun berkata bot Maritim Malaysia yang membuat rondaan di kawasan berkenaan menahan bot nelayan pukat tunda kelas C itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari selepas berada dalam keadaan mencurigakan.
"Hasil pemeriksaan di atas bot itu mendapati terdapat seorang tekong bersama tiga awak-awak warga Myanmar berumur 19 hingga 44 tahun dan mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit yang sah," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menahan kesemua mereka dan bot itu kerana melanggar syarat lesen iaitu tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan kru warga asing.
"Bot itu bersama hasil tangkapan sebanyak 750kg ditahan dan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot
#Hamizan Harun
#Jeti Limbongan Batu Maung
#Maritim Malaysia
#Myanmar
#nelayan
#operasi
#Pulau Kendi
#pulau pinang
#siasatan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan