awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan

Bernama
Bernama
16/02/2025
10:45 MYT
Maritim Malaysia tahan lelaki cuba bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan
Penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo itu juga menemukan 9,600 kilogram gula pasir masing-masing dalam bentuk paket satu kilogram. - Gambar/ Maritim Malaysia
TAWAU: Cubaan seorang lelaki tempatan menggunakan sebuah bot kargo untuk membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan negara gagal, apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada kedudukan 2.4 batu nautika selatan Batu 3, di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata pihaknya yang menjalankan operasi Pluto Timur dan operasi Tiris, mengesan bot kargo dipandu suspek terbabit bergerak dari arah Sungai Tawau menuju ke sempadan perairan negara kira-kira 8.30 pagi.
"Pemeriksaaan dokumentasi mendapati, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa dan tiada sebarang pengikraran barangan dilakukan, selain semakan juga mendapati nama suspek juga tidak berdaftar di dalam lesen bot.
"Penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo itu juga menemukan 9,600 kilogram gula pasir masing-masing dalam bentuk paket satu kilogram, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot kira-kira RM60,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shahrizan berkata kes itu disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS).
Dalam pada itu, Shahrizan berkata orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku jenayah agar menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999 sebagai usaha bersama mengukuhkan penguatkuasaan pasukan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#isu penyeludupan
#seludup gula
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan