awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2021
22:44 MYT
Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Antara peralatan komputer yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang Desa Tun Razak di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kegiatan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang berselindung di sebalik kawasan kilang di Desa Tun Razak di sini sejak sebulan lalu terbongkar apabila markasnya diserbu polis pada Isnin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata seramai 25 individu ditahan dalam serbuan pada jam 4 petang itu.
"Kita telah menahan 11 individu termasuk dua wanita warga tempatan, tangkapan selebihnya melibatkan warga China," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan pada Isnin.
Zainuddin berkata sindiket itu dipercayai aktif menjalankan aktiviti penipuan yang menyasarkan mangsa warga asing.
"Sebelum ini, sindiket itu menjalankan aktiviti penipuan di Pulau Pinang, sebelum berpindah ke ibu kota pada bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, selain dijadikan pusat panggilan (call center), kilang tiga tingkat itu turut dijadikan asrama.
"Kita lihat kilang ini berada di kawasan yang terpencil dan sunyi, malah pintu depan kilang sentiasa ditutup.
"Sindiket hanya menggunakan pintu belakang untuk keluar dan masuk bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.
Zainuddin berkata pihaknya akan mengesan pemilik premis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Berita asal: Markas sindiket penipuan pelaburan dalam talian diserbu
Topic Berkaitan
#pelaburan dalam talian
#sindiket
#warga asing
#penipuan
#Zainuddin Yaacob
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#Jabatan Siasatan Jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan