awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa pengangkutan awam dilanjutkan, jalan utama ditutup

Munirah A Sani
Munirah A Sani
02/01/2014
13:09 MYT
Masa pengangkutan awam dilanjutkan, jalan utama ditutup
Perkhidmatan LRT, monorel dan bas RapidKL dilanjutkan hingga 1 pagi, sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014, Sabtu ini.
Perkhidmatan LRT yang terlibat ialah di Stesen Masjid Jamek dan Hang Tuah manakala Stesen Medan Tuanku dan Titiwangsa bagi perkhidmatan monorel.
Bagi perkhidmatan bas RapidKL, masa perkhidmatan akan dilanjutkan selama 30 minit selepas masa tren yang terakhir tiba di stesen.
Laluan RapidKL:
1. U64 (Taman Sri Muda-Pasar Seni Hub (PSH), 2. U66 (Taman Medan-PSH), 3. U68 (Sri Manja/Sentosa-PSH), 4. U70 (Puchong Prima-PSH), 5. U88 (Kota Damansara-PSH), 6. U22 (Sri Nilam-Jalan Hang Lekiu), 7. U40 (Terminal Kajang-Mydin Sinar Kota, Jalan Tun Perak), 8. U23 (Taman Melawati-Lebuh Ampang via Mindef), 9. U224 (Bandar Dato' Senu-Kotaraya) dan 10. U66 (Taman Jasa Utama-Medan Pasar).
Beberapa jalan dan laluan turut dilaporkan Polis Kuala Lumpur akan ditutup mulai Khamis hingga 5 Januari sempena majlis tersebut yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.
Jalan-jalan yang akan ditutup selama empat hari mulai hari ini ialah;
1. Jalan Raja (di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad) 2. Persimpangan Jalan Tun Perak, Jalan Raja (menghala ke Jalan Raja)
Sementara itu, tiga jalan di bandar raya KL yang akan ditutup sepenuhnya pada 4 Jan ialah;
1. Jalan Leboh Pasar Besar (menghala ke Jalan Sultan Hishammuddin), 2. Jalan Gereja 3. Jalan Mahkamah Persekutuan (belakang Bangunan Sultan Abdul Samad)
Polis turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi papan tanda perubahan lalulintas.
Bertemakan 'Celebrating 1Malaysia, Truly Asia', TMM 2014 yang menyasarkan pulangan pendapatan RM76 bilion menerusi kehadiran 28 juta pelancong.
TMM 2014 merupakan edisi keempat selepas tiga sambutan serupa pada 1990, 1994 dan 2007 dan menjadikan monyet daripada spesis Proboscis sebagai maskot.
Topic Berkaitan
#jalan tutup
#JelajahAWANI
#LRT
#monorel
#RapidKL
#Tahun Melawat Malaysia 2014
#TMM2014
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan