Upacara perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat salah seorang pemain hoki negara berubah dingin apabila kawasan sekitar rumahnya di Taman Halaman, Ampang menghadapi masalah ketiadaan air.
Menurut Baljit Singh, dia berasa malu kerana saudara-mara dia yang diterbangkan ke sini untuk menghadiri majlis perkahwinannya terpaksa menumpang bilik mandi di rumah rakan.
“Sehingga kini sudah empat kali saya membuat aduan kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) namun masih tiada sebarang tindakan diambil, malah tangki air yang dijanjikan untuk penduduk di sekitar kawasan perumahan saya juga masih tiada,” tambah Baljit.
Baljit serta abangnya Pritam, yang merupakan pemain kelab bola sepak Liga Super T-Team, terpaksa mengangkut air dari rumah rakan untuk keperluan seharian.
Adiknya Nirmal berkata masalah air ini menggangu persediaan perkahwinan abangnya.
"Kami tidak mempunyai air yang mencukupi untuk mop lantai! Ini sepatutnya merupakan minggu yang gembira dan istimewa buat kami sekeluarga tetapi kini kami terpaksa memikirkan bagaimana untuk mendapatkan air. Ini tidak sepatutnya berlaku," kata Nirmal.
Ketika dihubungi, penolong pengurus besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred memaklumkan terdapat masalah teknikal semenjak dua hari lalu di rumah pam di Taman Halaman namun kesemua kerosakan telah pun diperbaiki dan pam dijangka akan mula beroperasi seperti biasa pada jam 11 malam ini (Isnin).
Selain itu, tempat yang turut terjejas adalah Taman Kesuma, Taman Dagang Permai, Taman Sri Intan dan Taman Sri Watan.
Ini bukan kali pertama gangguan air berlaku di sekitar kawasan Ampang. Sebelum ini, kawasan-kasawan berdekatan menghadapi krisis air yang berlanjutan lebih dua minggu sejak akhir bulan lalu.
Khairul Wasiril Aswad
Mon Jan 28 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MPFL: Tiga pemain, dua pegawai digantung perlawanan kerana kelakuan ganas
Hukuman tersebut diputuskan jawatankuasa itu semalam dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM.
Terowong: Bicara saman syarikat terhadap Huan, Utusan bermula 29 Okt
Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong bernilai RM6.34 bilion itu, memfailkan saman terhadap Huan dan syarikat penerbitan media Utusan Melayu (M) Bhd pada 11 Ogos 2016.
Masalah air jejas perkahwinan pemain hoki negara
Upacara perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat pemain hoki Malaysia Baljit Singh berubah dingin kerana ketiadaan air.