awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah asas 60,000 Orang Asli Perak selesai, kini bukan masalah utama

Harits Asyraf Hasnan, Abd Razak Mohd Ali
Harits Asyraf Hasnan, Abd Razak Mohd Ali
11/04/2018
09:56 MYT
Masalah asas 60,000 Orang Asli Perak selesai, kini bukan masalah utama
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sewaktu dalam Majlis Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Perak di Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI
Perak berjaya menyelesaikan masalah keperluan asas masyarakat Orang Asli di negeri itu yang dianggarkan 60,000 orang.
Malah, Perak juga menjadi negeri pertama yang mewartakan kawasan penempatan dan pertanian bagi masyarakat tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah mewartakan 13,652 hektar tanah untuk tujuan tersebut.
“Proses untuk perwartaan di tempat-tempat lain akan berterusan dan saya tidak mengatakan bahawa hanya setakat itu.
“Termasuklah di mana penempatan-penempatan Orang Asli khususnya yang berada di seluruh negeri Perak.
“Ia sedang berjalan dan harapan kita ia akan dapat terus dilaksana bagi memastikan bahawa tempat-tempat penempatan Orang Asli itu diwartakan,” kata pada sidang media selepas Majlis Pertemuan dengan Pemimpin Masyarakat Orang Asli Negeri Perak di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, turut diadakan penyampaian bonus tambahan RM500 kepada 175 Tok Batin di Perak, seperti yang diumumkan di dalam bajet 2018 negeri. - Foto Astro AWANI
Pada majlis berkenaan, turut diadakan penyampaian bonus tambahan RM500 kepada 175 Tok Batin di Perak, seperti yang diumumkan di dalam bajet 2018 negeri. - Foto Astro AWANI
Pada majlis tersebut, Tok Batin Sahar Husin dari Lata Kijang, Tapah yang mewakili 175 Tok Batin Perak hanya memfokuskan satu permohonan sahaja kepada kerajaan negeri untuk ditambahbaik iaitu berkaitan pewartaan dan pemilikan tanah.
Baliau turut menyampaikan bonus tambahan RM500 kepada 175 Tok Batin di Perak, seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2018 negeri.
Sebelum ini, kerajaan persekutuan melalui Bajet 2018 telah mengumumkan bonus RM1,000 kepada beberapa kumpulan pemimpin setempat, termasuk tok-tok batin.
Topic Berkaitan
#bajet
#Bajet 2018
#bonus
#kerajaan
#MalaysiaMemilih
#Menteri Besar
#Orang Asli
#Perak
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan