awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai

Nazim Chee
Nazim Chee
27/07/2020
06:22 MYT
Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai
Perjalanan ke Long Bedian dari Long Lama mengambil masa tiga jam menggunakan jalan balak. Foto: Leslie Wan
Sekitar 400 isi rumah di Long Bedian serta sekolah rendah dan klinik di kawasan berkenaan kini mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk aktiviti seharian.
Ia berikutan siapnya projek bekalan air Long Bedian pada 11 Februari lalu dengan kos keseluruhan RM4, 945,000.
Kementerian Utiliti Sarawak dalam satu kenyataan media pada Isnin memaklumkan projek di bawah Program Grid Bekalan Sarawak itu melibatkan beberapa pembinaan komponen utama.
Antaranya pembinaan takungan air mentah, loji rawatan air baharu dengan penambahan 0.5 Mld dan sistem penyaringan pasir berterusan.
Ia juga melibatkan penyediaan, pengiriman dan peletakkan saluran paip HDPE, termasuk pemasangan paip sambungan, lengkap dengan meter air dan tiang meter.
"Projek ini pastinya akan menjamin akses masyarakat ke bekalan air yang selamat dan mencukupi serta memastikan semua projek bekalan air yang dirancang kerajaan Sarawak akan selesai 100 peratus menjelang tahun 2025," menurut kenyataan berkenaan.
Long Bedian terletak di Wilayah Apoh Tutoh di daerah Baram, Miri. Perjalanan ke Long Bedian dari Long Lama mengambil masa 3 jam melalui jalan balak.
Topic Berkaitan
#Baram
#bekalan air
#bersdih
#jalan balak
#Long Bedian
#Miri
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan