awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah pasport, tunggakan cukai punca rakyat Malaysia terkandas di pintu sempadan

Bernama
Bernama
16/09/2024
07:00 MYT
Masalah pasport, tunggakan cukai punca rakyat Malaysia terkandas di pintu sempadan
Bagi mengelakkan kekecewaan pada saat akhir, rakyat Malaysia diseru menyemak status perjalanan mereka di portal Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI). - Gambar hiasan/Bernama
ALOR SETAR: Pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas di pintu sempadan disebabkan masalah pasport rosak, tunggakan cukai pendapatan, cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata masalah berkenaan dikesan menerusi data diperoleh daripada Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
"JIM telah mengesan 10 kes melibatkan pasport rosak antaranya terkoyak, terkena air, hilang muka surat dan terdapat contengan pada pasport berkenaan.
"Terdapat juga 20 kes berkaitan tunggakan cukai (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan sembilan kes melibatkan isu kastam, menjadikan perjalanan rentas sempadan ini lebih mencabar untuk mereka yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi mengelakkan kekecewaan pada saat akhir, rakyat Malaysia diseru menyemak status perjalanan mereka di portal Sistem Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) sebelum membuat sebarang perancangan ke luar negara.
"Semakan awal status perjalanan merupakan langkah penting bagi memastikan percutian dirancang tidak terganggu oleh perkara-perkara tidak diingini," katanya.
Mohd Ridzzuan berkata orang ramai hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan di portal SSPI untuk mengetahui jika ada sebarang sekatan dikenakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong malaysia
#kandas di pintu sempadan
#ICQS bukit Kayu Hotam
#melancong ke Thailand
#Jabatan Imigresen Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan