KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menjelaskan bahawa pembukaan sekolah di seluruh negara adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit.
Beliau menjelaskan perkara itu kerana KPM mendapati masih ada yang mengganggap semua sekolah di seluruh negara akan dibuka pada 3 Okt ini, meskipun perincian mengenainya sudah dijelaskan semalam.
Radzi berkata dapatan itu dikenal pasti hasil pemantauan beliau terhadap maklum balas yang diutarakan melalui pelbagai platform termasuk di media sosial berkenaan pengumuman pembukaan sekolah semalam.
"Pada maklum balas yang kami lihat secara langsung atau pun melalui media termasuklah media sosial, kita dapati ada yang masih mengganggap seolah-olah pada 3 Okt ini, semua sekolah di seluruh negara akan dibuka," katanya dalam video penjelasan pengoperasian sekolah yang diberikan kepada media, hari ini.
Mengulas lanjut perkara itu, Radzi berkata bagi negeri berada di Fasa Dua PPN pula, pembukaan untuk sekolah rendah hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sementara untuk sekolah menengah melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober ini.
"Untuk negeri di bawah Fasa Tiga PPN, selain daripada MBK di SKPK dan PPKI, kita akan masukkan (melibatkan) murid prasekolah, pelajar Tingkatan Lima dan juga pelajar STPM lain.
"Manakala untuk negeri di bawah Fasa Empat PPN - dua minggu pertama bermula daripada 3-17 Okt, mereka yang berada di sekolah adalah sama seperti di Fasa Tiga, sebelum kita memperluaskannya kepada murid Tahun Satu, Dua dan Tiga bermula 17-31 Okt, diikuti murid Tahun Empat, Lima dan Enam (di akhir Oktober)," katanya.
Bagi pengoperasian sekolah menengah di fasa itu pula, Radzi berkata sesi pembelajaran akan dimulakan oleh pelajar Tingkatan Lima dan Enam iaitu dari 3-17 Oktr dan selepas itu, disusuli secara berperingkat oleh pelajar tingkatan tiga, empat, satu dan dua.
Katanya, kemasukan secara berperingkat dengan kapasiti hanya 50 peratus dalam kelas ini adalah demi memastikan murid dan pelajar sekolah dapat terus rapat dengan sekolah serta dapat hadir ke sekolah dalam keadaan yang selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata jika negeri itu berada dalam Fasa Satu PPN maka tidak ada sekolah yang dibuka di negeri terbabit. - Foto BERNAMA
Pasaran getah ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan ringgit yang lemah berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
JPA perlu beri fleksibiliti kepada jabatan, agensi nilai prestasi penjawat awam - Pakar
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu memberi fleksibiliti kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan di semua peringkat untuk menilai prestasi penjawat awam.
Mohamed Khaled adakan lawatan rasmi ke Turkiye Jun ini
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan melakukan lawatan rasmi ke Turkiye pada Jun ini bagi meningkatkan lagi kerjasama strategik dari segi pertahanan antara kedua-dua negara.
81 peratus kes dilaporkan kepada IMFC selesai, percepat realisasi pelaburan - Tengku Zafrul
81 peratus daripada 464 kes yang dilaporkan kepada Pusat Memudah Cara Pelaburan Malaysia (IMFC) telah diselesaikan dan berjaya mempercepat proses realisasi pelaburan-pelaburan yang diumumkan.
Tumpuan Selasa - 07 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tiada agenda pluralisme agama - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 esok ada kaitan dengan agenda pluralisme agama.
AWANI Tonight: 6 May 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Man arrested for attack on national football player remanded for two days - Police
2. Pay rise should be transparent & holistic - Economist
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Man arrested for attack on national football player remanded for two days - Police
2. Pay rise should be transparent & holistic - Economist
#AWANIEnglish #AWANINews
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Forum Putrajaya 2024: Perkuat diplomasi pertahanan, manfaatkan teknologi baharu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menekankan pentingnya meningkatkan diplomasi pertahanan dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menangani ancaman bukan tradisional dan trend yang muncul.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.
6,034 guru lantikan kontrak ditempatkan di sekolah KPM
Seramai 1,858 daripada keseluruhan jumlah guru baharu ditempatkan di sekolah menengah manakala 4,176 lagi, di sekolah rendah.
KPM perluas pengambilan calon guru PISMP kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.
KPM cadang perluas sekolah K9, K11 tahun ini
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang meningkatkan bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) pada tahun ini.
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Pelajar meninggal dunia: KPM tidak kompromi kes buli, beri kerjasama penuh
KPM memaklumkan pihaknya tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.