Masih terdapat segelintir belia Malaysia yang terpengaruh dengan kumpulan pengganas serta berminat untuk ke Syria biarpun sudah ramai yang ditangkap dan dikenakan hukuman penjara kebelakangan ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun tidak ada profiling tertentu di kalangan mereka yang ditangkap terlibat dalam aktiviti keganasan di Malaysia.
Katanya antara yang ditangkap adalah anggota polis, anggota tentera termasuk komando, penjawat awam berjawatan ketua penolong pengarah, imam masjid, pelajar dan pensyarah universiti serta pelayan pelanggan (GRO).
"Tidak ada tanda-tanda ancaman Daish akan reda di Malaysia buat masa ini dan ia akan berkembang menjadi ancaman ideologi dalam tempoh jangka panjang.
"Semua negeri pernah mencatatkan kes tangkapan berkaitan aktiviti Daish, ini bermakna tidak ada negeri di Malaysia yang bebas daripada ancaman pengaruh kumpulan pengganas itu," katanya ketika menjadi seorang daripada anggota panel Forum Perdana bersempena Karnival Riang Ria Mahabbah 2016 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, di sini malam tadi.
Ayob Khan berkata sejak tangkapan pertama kes berkaitan kumpulan Daish di Malaysia pada 2013, jumlah tangkapan terus meningkat setiap tahun dan pada tahun ini, 112 individu sudah ditangkap setakat ini.
"Polis akan terus melancarkan operasi membanteras kegiatan pengganas dari semasa ke semasa selain memantau aktiviti yang mempunyai elemen ajaran Daish di semua tempat," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kerjasama semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan persatuan penduduk amat diperlukan untuk memaklumkan kepada polis jika terdapat sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kumpulan pengganas. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 06 2016
AYOB KHAN: Semua negeri pernah mencatatkan kes tangkapan berkaitan aktiviti Daish, ini bermakna tidak ada negeri di Malaysia yang bebas daripada ancaman pengaruh kumpulan pengganas itu. - fotoBERNAMA/Fail
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.
Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.
Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.