Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum membenarkan orang awam menziarahi pesakit di hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM membuat keputusan itu kerana ada banyak jangkitan penyakit di hospital.

“Setakat ini kita masih memperketatkan lawatan untuk mereka yang ingin menziarah di hospital kerana kita dapati di hospital ada banyak jangkitan. Jadi mereka yang datang kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak.

“Mereka yang datang juga akan disaring di hospital untuk pastikan mereka tiada gejala. Buat masa ini kita masih belum buka kepada orang ramai tetapi hanya kepada mereka yang telah dikenal pasti, contohnya ada pesakit tenat.

“Yang itu baru kita benarkan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini pada Isnin.