Masih ramai rakyat di negara ini percaya dan terpedaya dengan skim penipuan kewangan meskipun pelbagai maklumat serta modus operandi terbabit didedahkan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan jumlah kes penipuan kewangan termasuk melibatkan kad kredit palsu meningkat lebih 50 peratus pada 2016.
"Daripada jumlah ini, penipuan yang berlaku menerusi telefon mencatat peratusan tertinggi, sebanyak 70 peratus iaitu lebih daripada dua kali ganda dari tahun sebelumnya," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kewangan 2017 anjuran BNM dengan kerjasama beberapa institusi kewangan di sini hari ini.
Beliau berkata, tahap celik kewangan dan keupayaan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat yang dititikberatkan oleh kerajaan menjadi antara strategi utama dalam khidmat nasihat dan pendidikan kewangan.
"Antara inisiatif terkini adalah melalui penubuhan Jaringan Pendidikan Kewangan pada November 2016 untuk menyelaras dan memacu strategi pendidikan kewangan di peringkat kebangsaan.
"Usaha ini menggembleng kerjasama yang lebih erat antara agensi berkaitan seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit demi menyelaraskan inisiatif celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Selain itu Johari mahu amalan kepenggunaan terus diperkukuhkan memandangkan ia mampu memastikan para penyedia kewangan sentiasa memberi perhatian kepada kepentingan dan hak pengguna.
"Pengguna yang mempunyai asas ilmu kepenggunaan yang mantap akan dapat mempertahankan haknya jika penyedia perkhidmatan kewangan memeterai perjanjian yang tidak adil atau berat sebelah," katanya.
Karnival Kewangan 2017 bertemakan Utamakan Keperluan Kewangan Anda berlangsung tiga hari bermula hari ini turut melibatkan penyampaian anugerah kepada institusi kewangan.
Antara anugerah itu ialah Anugerah Rangkuman Kewangan Terbaik yang dirangkul Bank Simpanan Nasional, Anugerah Inovasi Terbaik kepada Malayan Banking Bhd dan Anugerah Terbaik dalam Usaha Menyokong Pendidikan Kewangan diberikan kepada Prudential Assurance Malaysia Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan jumlah kes penipuan kewangan termasuk melibatkan kad kredit palsu meningkat lebih 50 peratus pada 2016. - Gambar hiasan
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.