awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid seliaan JAKIM disaran buat solat hajat doakan kejayaan misi PM di Riyadh

Bernama
Bernama
08/11/2024
22:15 MYT
Masjid seliaan JAKIM disaran buat solat hajat doakan kejayaan misi PM di Riyadh
Mohd Na'im berkata, pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah agar perjalanan dan misi Perdana Menteri mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Masjid-masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) disaran melaksanakan solat hajat bagi mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, pada Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im dalam kenyataan pada Jumaat berkata, saranan itu terutama kepada Masjid Negara, Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, diminta untuk melaksanakan solat hajat itu selepas solat Isyak bermula semalam (Jumaat) sehingga Isnin depan.
Beliau berkata, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat untuk tempoh waktu yang sama.
"JPM (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri atas ketegasan untuk membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam.
"Pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah agar perjalanan dan misi Perdana Menteri mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah," katanya.
Mohd Na'im berkata, pelaksanaan solat hajat itu diharap dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa dalam sidang kemuncak ini yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.
"JPM (Hal Ehwal Agama) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita serta turut mendoakan kesejahteraan para anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang sedang bertugas di Lubnan.
"Semoga usaha kita diberkati Allah dan Malaysia terus kekal aman serta sejahtera di bawah lindunganNya," katanya. - BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#solat hajat
#misi PM di Riyadh
#kekejaman israel
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan