awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat untuk Palestin esok

Bernama
Bernama
23/02/2024
15:07 MYT
Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat untuk Palestin esok
Mohd Na'im berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan JAWI turut diminta untuk melakukan perkara yang sama. - Gambar fail/AFP/Tengku Bahar
PUTRAJAYA: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk melakukan perkara yang sama.
Beliau berkata JPM (Hal Ehwal Agama) mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang terus melancarkan serangan udara kepada penduduk Palestin khususnya di Rafah dan menyifatkan tindakan itu adalah biadab serta tidak bertanggungjawab.
"Adalah menyedihkan apabila serangan udara tersebut mengorbankan orang awam serta mendatangkan kecederaan termasuk kepada kanak-kanak selain memusnahkan kediaman dan premis awam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam semakin menghampiri gerbang bulan Ramadan.
"Tindakan Zionis Israel mengancam untuk terus melancarkan serangan di bumi Gaza, Palestin ketika menjelangnya Ramadan juga perlu ditentang oleh dunia menerusi tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanda sokongan
#rakyat Palestin
#solat hajat
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan