awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masuk ke Sabah tidak perlu kelulusan kerajaan negeri, PDRM bermula Isnin depan

Bernama
Bernama
30/10/2021
10:27 MYT
Masuk ke Sabah tidak perlu kelulusan kerajaan negeri, PDRM bermula Isnin depan
Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah hari ini memutuskan tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan Polis Diraja Malaysia untuk mereka yang bukan berasal dari Sabah bermula Isnin ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin COVID-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata langkah berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula Isnin depan.
"Kemas kini SOP (prosedur operasi standard) akan diumum kemudian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 13 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin ini, dan kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#kelulusan kerajaan negeri
#PDRM
#COVID-19
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan