awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil

Bernama
Bernama
01/02/2025
05:18 MYT
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi berkata Wilayah Persekutuan menjadi simbol kepada kemakmuran Malaysia.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan itu berkata Wilayah Persekutuan menjadi simbol kepada kemakmuran Malaysia.
"Hari ini kita memperingati penubuhan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan bukan sahaja pusat kepada pembangunan negara, tetapi juga simbol perpaduan dan kemakmuran Malaysia," katanya.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan tahun ini merupakan sambutan kali ke-21 sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini bertemakan 'Wilayah Persekutuan Kita'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Wilayah Persekutuan
#Fahmi Fadzil
#kemakmuran Malaysia
#simbol perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan