awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy

Bernama
Bernama
21/01/2019
21:15 MYT
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Waytha Moorthy disambut sebahagian penganut Hindu ketika mengadakan kunjungan di Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam sempena sambutan Thaipusam, malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan peruntukan RM100 juta yang dikhususkan untuk kaum India dalam Belanjawan 2019 dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi golongan yang memerlukan dalam kalangan masyarakat kaum itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P. Waytha Moorthy berkata nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
"Keadaan sekarang berbeza berbanding sebelum ini di mana masyarakat India tidak menikmati sepenuhnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan terdahulu walaupun ada unit hal ehwal masyarakat India bagi menjaga kepentingan kaum itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam di sini malam tadi sempena sambutan perayaan Thaipusam pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Thaipusam pada kali ini lebih meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan pelancong asing di beberapa lokasi tumpuan penganut Hindu untuk meraikan perayaan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#India
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#pelancong
#Thaipusam
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan