PERINTAH Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang memasuki hari ke-12, menyaksikan lebih banyak 'kebebasan' dinikmati, namun disiplin pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat perlu terus dipertingkatkan.
Walaupun kini masyarakat sudah boleh 'ke sana dan ke sini' namun perlu beringat SOP masih dikuatkuasakan dan tidak sewenang-wenangnya boleh dilupakan sehingga melanggar peraturan dan undang-undang ditetapkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu memaklumkan seramai 40 individu telah direman dan lapan lagi dikenakan kompaun, daripada jumlah itu 38 individu ditahan susulan kesalahan menjalankan aktiviti yang menyukarkan jarakan sosial.
Undang-undang yang ditetapkan bertujuan membendung pandemik COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan sejak 18 Mac lepas.
Perkembangan terkini COVID-19 menyaksikan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Labu Lanjut, Sepang, yang merekodkan lima kes dan punca jangkitan masih dalam siasatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penularan COVID-19 dalam kluster itu disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.
Semalam, kes baharu COVID-19 di negara ini merekodkan 21 kes.
KKM mengingatkan jangkitan COVID-19 masih wujud dalam komuniti, justeru masyarakat diingatkan mengambil langkah pencegahan terutamanya ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 21 2020
Masyarakat diingatkan mengambil langkah pencegahan terutamanya ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung. Gambar fail
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Isu Korea Utara: Polis tingkat pemantauan keselamatan - KPN
Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku di negara ini.
COVID-19: Kesesakan pusat pemindahan sementara banjir boleh tingkat risiko penularan penyakit - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati mangsa banjir agar sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.
Masyarakat kini bebas tetapi mesti tingkat kawalan kendiri
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang memasuki hari ke-12, menyaksikan lebih banyak 'kebebasan' dinikmati namun disiplin pematuhan SOP dan kawalan kendiri perlu ditingkatkan.