Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diguna untuk mengembalikan kegemilangan universiti itu sehingga mampu muncul sebagai 'Oxford of Muslim countries'.
Beliau menarik perhatian bahawa UIAM sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat menurun dari segi prestasinya.
"Dengan kedudukan Menteri Pendidikan sebagai presiden... saya cuma ingin melaksanakan misi dan tanggungjawab yang diamanahkan UIAM, dan saya akan lakukan yang terbaik, kemudian saya akan letak jawatan (sebagai presiden universiti)," katanya.
Maszlee ditemui pemberita di sini malam tadi selepas mengadakan pertemuan dengan sekumpulan pelajar yang antara lain mahu beliau melepaskan jawatan presiden UIAM.
Mengulas lanjut, beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri ada memberitahunya bahawa UIAM berpotensi menjadi setaraf dengan Universiti Oxford di United Kingdom.
Menurut Maszlee, warga UIAM kini bersedia melakukan perubahan ke arah kegemilangan itu dan beliau tidak mahu mengecewakan harapan tersebut.
Beliau menegaskan kedudukannya sebagai presiden UIAM tidak akan membantutkan komitmen kementerian untuk memastikan semua univesiti di negara ini mencapai tahap kegemilangan masing-masing.
Berhubung desakan kumpulan pelajar itu agar beliau melepaskan jawatan berkenaan dalam tempoh tujuh hari mulai hari ini, menteri itu berkata: "Sebagai bapa saya harus mendengar keluhan anak-anak, biasalah anak-anak kalau tak dapat sesuatu dia kecewa dan tugas ayah dia kena pujuk, dan cara terbaik (ialah dengan) menunjukkan contoh terbaik."
Ditanya mengenai kekecewaan kumpulan pelajar itu berhubung pertemuan hari ini yang didakwa menemui jalan buntu, Maszlee berkata beliau perlu mengambil pandangan pelbagai pihak mengenai isu yang dibangkitkan.
"Sebab itu saya adakan perbincangan dengan lebih luas, bertemu dengan rektor UIAM, senat dan warga UIAM kerana lantikan (sebagai presiden universiti) dibuat bukan membabitkan keputusan saya," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
Maszlee mahu mengembalikan kegemilangan UIAM sehingga mampu muncul sebagai 'Oxford of Muslim countries'.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia tawar dua biasiswa kepada pelajar Peru
Malaysia menawarkan dua biasiswa kepada pelajar Peru untuk melanjutkan pengajian di Malaysia tahun depan.
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pelajar antarabangsa tingkatkan permintaan dalam pasaran kediaman - Juwai IQI
Pelajar antarabangsa meningkatkan permintaan untuk hartanah sewa di bandar yang mempunyai institusi pendidikan yang besar terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
Minggu Solidariti Palestin raih kutipan dana RM9.2 juta
Minggu Solidariti Palestin bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi.
Institusi pendidikan dan latihan perlu tumpu integriti, tata kelola baik - KSN
Mohd Zuki berkata ia juga selari dengan konsep membangun Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penglibatan korporat dalam program sastera bantu bangunkan bakat generasi muda - Radzi
Penglibatan badan korporat dalam program sastera peringkat institusi pendidikan berupaya membantu pembangunan bakat generasi muda dalam bidang berkenaan.
MARA pasang panel sistem solar photovoltaik di institusi pendidikannya dengan kerjasama TNB
MARA mengambil langkah pro-aktif dalam melestarikan alam sekitar dengan memasang panel sistem solar photovoltaik bagi menjana tenaga elektrik bersih di institusi pendidikannya.
Protes Hijab: Ratusan wanita kecam larangan pakai tudung di India
Mereka melaungkan slogan mengecam "penindasan terhadap umat Islam".