Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan sekali lagi bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC.
"Sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia.
BACA: Tiada 'U-turn', UEC akan diiktiraf
"Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH).
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 15 2018

Maszlee berkata Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

Women for Refugees didik pelarian membaca, menulis
Mereka merekrut guru sebagai tenaga pengajar melalui Instagram dan kini organisasi itu mempunayi 20 tenaga pengajar sukarelawan.

Santun bahasa: Jangan tulis membabi buta
Kesilapan memilih istilah, kata dan penyusunan ayat dan bahasa yang betul akan melemahkan komunikasi dan mungkin juga akan mengelirukan pembaca atau kelompok dan individu sasaran.

Keputusan SPMU akan diumumkan 19 Oktober ini
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun ini akan diumumkan pada 19 Oktober 2020 (Isnin).

DBP tidak puas hati penguasaan sederhana bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melahirkan rasa tidak puas hati dengan tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu rakyat yang bercampur dengan bahasa Inggeris.

Paparan iklan di Kuala Lumpur perlu melalui DBP - DBKL
DBKL memaklumkan, penggunaan bahasa lain pada paparan iklan dibenarkan sebagai mengiringi ungkapan utama dalam Bahasa Melayu.

MBM sokong pindaan Akta DBP 1959 perkasa penggunaan Bahasa Melayu
Beri kuasa kepada DBP mengenakan tindakan terhadap pihak yang ingkar kepada pemakaian bahasa Melayu yang dijamin oleh undang-undang.

Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.

Ahli perniagaan tak mengaku sebabkan kematian Koperal Safwan
Tertuduh juga turut dituduh mengikut Seksyen 26(1) Akta Polis 1967 kerana tidak berhenti di sekatan jalan raya.

COVID-19: Video pendek bahasa isyarat untuk golongan cacat pendengaran
Bagi OKU pendengaran tidak tercicir mendapatkan maklumat penting COVID-19, beberapa jurubahasa isyarat dan individu pekak menghasilkan video pendek untuk komuniti itu.

Majlis Profesor Negara tolak PPSMI
Prof Ulang Datuk Dr Dr Shamsul Amri Baharuddin menjelaskan kerajaan perlu jelas sama ada mahu bagus dalam bahasa atau sains.