awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
PM India, Narendra Modi tiba di Malaysia untuk lawatan kerja dua hari
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Sabu teruja bertemu Khabib

Sinar Harian
Sinar Harian
30/09/2024
03:10 MYT
Mat Sabu teruja bertemu Khabib
Mohamad Sabu bertemu bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC, Khabib Nurmagomedov di Kuala Lumpur pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bertemu bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC, Khabib Nurmagomedov.
Menerusi catatan di Facebooknya, Mohamad sempat berbual mengenai semangat perjuangan disiplin dan tekad yang kuat bukan hanya penting dalam sukan tetapi juga dalam kehidupan seharian.
“Khabib bukan sahaja ikon dalam UFC, tetapi juga contoh teladan kepada generasi muda, terutamanya dalam memegang teguh prinsip dan nilai walau dalam apa jua cabaran.
“Pertemuan ini mengingatkan Bang Mat betapa pentingnya kita terus berusaha dan setia pada prinsip sama ada dalam arena politik, sukan, atau kehidupan harian,” katanya pada Isnin.
Khabib hadir ke Malaysia bagi menjayakan ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.
Sebelum itu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.
Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah menarik kehadiran telah menarik kehadiran seramai 1,500 orang dan turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Khabib Nurmagomedov
#juara UFC
#Mohamad Sabu
#Mat Sabu jumpa Khabib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan