awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mat Tarzan' direman tujuh hari lagi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/06/2020
12:37 MYT
'Mat Tarzan' direman tujuh hari lagi
Tempoh reman ke atas Mat Tarzan disambung tujuh hari lagi bagi melengkapkan kertas siasatan. - Gambar Astro AWANI
Reman terhadap lelaki yang ditahan kerana menanam pokok ganja di hadapan rumahnya di Jalan Datuk Kumbar Rabu lalu disambung tujuh hari lagi untuk polis melengkapkan kertas siasatan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, suspek berusia 38 tahun itu direman sehingga 24 Jun depan.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, suspek ditahan dalam serbuan sepasukan anggota Narkotik IPD Kota Setar selepas menerima maklumat suspek menanam pokok ganja itu di halaman rumahnya di Jalan Datuk Kumbar.

Hasil siasatan mendapati, suspek mengaku menanam pokok ganja itu untuk kegunaan sendiri.

Pemeriksaan lanjut di sekitar rumah polis menemui empat pokok ganja dan dibawa balik ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut.

Suspek yang dikenali “Mat Tarzan” itu turut mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menanam pokok ganja dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

BACA: Pokok ganja subur di halaman rumah, 'Mat Tarzan' beri alasan ia disangka pokok buluh

Topic Berkaitan
#Alor Setar
#depan rumah
#direman
#Kedah
#Mat Tarzan
#tanam pokok ganja
#tujuh hari lagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan