awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Yo belum cadang gantung but, teruskan sebagai penyerang Harini FT

Bernama
Bernama
09/01/2023
05:31 MYT
Mat Yo belum cadang gantung but, teruskan sebagai penyerang Harini FT
Mat Yo kini giat jalani kursus kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih pada masa akan datang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Penyerang veteran Norshahrul Idlan Talaha masih belum mahu memikirkan soal persaraan, dengan kariernya sebagai pemain bola sepak diteruskan bersama pasukan Harini FT.
Pemain berusia 36 tahun yang lebih dikenali sebagai Mat Yo itu berkata setakat ini beliau hanya tertumpu kepada perancangan pengurusan skuadnya itu untuk berentap dalam divisyen ketiga bola sepak tanah air, Liga M3.
Bagaimanapun, katanya beliau sedang giat menjalani kursus kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih pada masa akan datang.
"Belum masa lagi untuk gantung but, saya sekarang fokus dengan apa yang Harini FT nak buat.
"Sambil-sambil itu saya dah ambil kursus lesen jurulatih, dah lulus lesen C. Sekarang saya tunggu untuk lesen B, kalau ada kekosongan saya akan teruskan kepada kejurulatihan, itu sasaran saya," katanya kepada pemberita.
Pada 3 Januari lepas, Mat Yo dilaporkan secara rasmi menjadi milik Harini FT selepas kelab berkenaan memaklumkan kemasukannya menerusi akaun rasmi Instagram.
Pemain kelahiran Besut, Terengganu itu sebelum ini beraksi bersama Melaka United FC dan sempat membuat 15 penampilan dalam kesemua pertandingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mat Yo
#Norshahrul Idlan Talaha
#Harini FT
#Liga M3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan