KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mencadangkan pihak berkuasa menjadikan kes penipuan jemaah haji oleh agensi pelancongan sebagai satu jenayah berat dengan hukuman penjara supaya perkara itu dapat dibanteras.
Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata bagi mengelakkan ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan.
Beliau berkata bakal jemaah mesti mempunyai visa haji bagi menunaikan ibadah itu.
"Tentukan ada visa haji. Mohon penjelasan bukti sebelum memberi sebarang dokumen seperti pasport dan jangan bayar sebelum ada jaminan penerbangan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Khalid turut mengingatkan agensi pelancongan supaya tidak memperdagangkan visa haji yang dianugerahkan kepada mereka sesuka hati dan mengenakan caj perkhidmatan yang berpatutan.
"Pastikan agensi pelancongan sudah menerima tawaran (visa haji) yang diamanahkan baru mengundang jemaah haji," katanya.
Pada 7 Julai Bernama melaporkan 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka dipercayai menggunakan visa furada iaitu visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).
TH sebelum ini memberi peringatan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Bagi mengelak ditipu, bakal jemaah haji yang berurusan dengan agensi pelancongan boleh menghubungi pihak MATA sekiranya mempunyai keraguan. - Gambar fail
Cuba & Iran meterai perjanjian tingkat bilateral
Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel, dan rakan sejawat Iran, Ebrahim Raisi, menandatangani perjanjian bilateral untuk meningkatkan kerjasama, sambil mengecam genosid Israel terhadap Palestin.
Taufan Michaung menghapiri, India tutup sekolah dan pejabat
Taufan siklon Michaung dijangka mendarat di pantai negeri Andhra Pradesh di selatan India pada pagi Selasa, kata pejabat cuaca negara itu, dengan angin berkelajuan 56 hingga 64 batu per jam.
Britain naikkan gaji minimum pekerja asing, kurangkan migrasi
Britain merancang mengurangkan migrasi dengan menaikkan gaji minimum pekerja asing. PM Rishi Sunak bertindak menghadapi tekanan selepas rekod migrasi tinggi pada 2022.

Taufan Michaung menghampiri, India tutup sekolah dan pejabat
Taufan Siklon Michaun membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer sejam dijangka mendarat di pantai negeri Andhra Pradesh.
PBB bimbang situasi kemanusiaan di Gaza semakin meruncing
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan keprihatinan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, khususnya dalam hal penyebaran penyakit bawaan air.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segara
Tentera Pertahanan Israel (IDF) dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Perang kini sudah memasuki fasa baharu - Israel
Menurut jurucakap tentera Israel, Danial Hagari, Rejim Zinonis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.
#IsraelCuak
#IsraelCuak

EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.

Isu tenaga, bahan api fosil fokus COP28 pada Selasa
Pemerhati menilai dengan teliti kesungguhan UAE meletakkan agenda mengurangkan bahan api fosil dalam dokumen akhir COP28.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

284 jemaah haji Malaysia terakhir selamat tiba di KLIA
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.

11 jemaah Thailand meninggal dunia semasa tunaikan haji
Lebih daripada 50 peratus pesakit menunjukkan simptom paru-paru dan penyakit pernafasan lain, kebanyakannya warga emas.

Jemaah haji dilarang bawa pulang air zamzam
Peringatan tersebut diberikan supaya tidak berlaku kesulitan ketika proses pergerakan balik jemaah haji ke tanah air.

Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi berjaya urus 2 juta jemaah haji
Yang di-Pertuan Agongmenzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.

Waspada jika tawaran badal haji terlalu murah
Kalau ikut pengiraan keseluruhan, kos badal haji termasuk permit mencecah RM15,000 hingga RM16,000.

TH perjelas isu ruang sempit, sesak di Mina
Masalah itu dihadapi jemaah haji semua negara sejak sekian lama dan bukan isu yang baharu timbul.

Arab Saudi guna teknologi pintar mudahkan jemaah haji
Arab Saudi menggunakan teknologi terkini seperti kad pintar, robot dan AI untuk memudahkan jemaah mengerjakan haji pada musim kali ini.

Arab Saudi sediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam untuk musim haji 2023
Abdulrahman menggesa agar kapasiti pengeluaran maksimum air zamzam digandakan bagi mencapai 200,000 botol sehari.

Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).

Mohd Na'im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji
Ketika di Arab Saudi, Mohd Na'im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fauzan Muhammed Al Rabiah.