WASHINGTON: Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih setahun lepas, kepada status terendahnya selepas kejatuhan tukaran kripto FTX, lapor Sputnik.
Dalam kenyataan bersama mengenai kripto, Rizab Persekutuan, Federal Deposit Insurance Corp dan Pejabat Pengawal Mata Wang menyatakan kebimbangan tentang keselamatan dan kedudukan model perniagaan bank masing-masing berikutan pendedahan yang tertumpu kepada mata wang kripto dan aktiviti berkaitan dengan industri terbabit.
"Keadaan pada tahun lalu mencatatkan turun naik yang ketara dan pendedahan kelemahan dalam sektor aset kripto.
"Oleh itu risiko yang berkaitan dengan sektor aset kripto yang tidak boleh dikurangkan atau dikawal, perlu dipastikan tidak menular ke dalam sistem perbankan," menurut kenyataan itu.
FTX, yang diasaskan pada 2019, mempunyai lebih satu juta pengguna dan merupakan firma dagangan mata wang kripto ketiga terbesar mengikut jumlah, ketika syarikat itu memfailkan kebankrapan pada November.
Pengasas syarikat itu, Sam Bankman-Fried, mengaku tidak bersalah di mahkamah Manhattan pada Selasa atas perbuatan yang disebut oleh seorang pendakwa raya persekutuan sebagai penipuan epik.
BACA: Pengasas FTX Sam Bankman-Fried mengaku tidak bersalah di mahkamah
Sejak kejatuhan FTX, mata wang kripto juga hilang sebahagian besar nilainya menyaksikan Bitcoin mencecah paras terendah lebih daripada dua tahun pada sekitar AS$15,500, sebelum melantun semula untuk didagangkan di bawah AS$16,700.
Tiga agensi monetari itu berkata bank yang mengeluarkan atau memegang token kripto yang disimpan dalam rangkaian awam tidak berpusat "berkemungkinan besar" tidak konsisten dengan amalan perbankan yang selamat dan kukuh.
Pendirian itu memberi tamparan kepada usaha beberapa bank untuk menyediakan perkhidmatan kripto kepada pelanggan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Bitcoin mencecah paras terendah lebih daripada dua tahun pada sekitar AS$15,500, sebelum melantun semula untuk didagangkan di bawah AS$16,700.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Warga Israel ditangkap: Pantau laman sesawang gelap, aliran mata wang kripto - Penganalisis
Kerajaan perlu melaksanakan pemantauan laman sesawang gelap dan aliran mata wang kripto sebagai langkah membanteras ancaman keselamatan terhadap negara.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Nilai Bitcoin kini melangkaui RM250,000
Pada pagi ini, nilai Bitcoin telah turun semula ke RM250,962 yang masih lagi tinggi selepas menjunam seketika ke RM243,000 pada petang semalam.
Pengarah syarikat rugi lebih RM11 juta diperdaya skim pelaburan mata wang kripto
Seorang pengarah syarikat kerugian RM11,130,123 selepas terpedaya dengan skim pelaburan mata wang kripto 'ACCERX' yang diiklankan di laman Facebook pada September lepas.
Warga emas kerugian RM228,000 terperdaya pelaburan kripto
Mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram oleh seorang individu dan terpengaruh untuk menyertai pelaburan mata wang digital kripto.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
Jururunding rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang jururunding mengalami kerugian sebanyak RM1.65 juta akibat membuat pelaburan mata wang kripto menggunakan platform 'Unobitex' yang tidak wujud.
Warga emas rugi lebih RM700,000 akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang lelaki warga emas di Tanjung Malim kerugian RM717,050 selepas menjadi mangsa pelaburan mata wang kripto tidak wujud sejak Mei lepas.
Pengasas bersama OneCoin dipenjara 20 tahun
Kesemua mereka didakwa menyeleweng lebih AS$4 bilion (RM18.69 bilion) dari pelabur.