NILAI mata wang kripto Bitcoin mencecah RM253,250.90 semalam yang menjadikannya yang tertinggi sejak pertengahan November 2021.

Bitcoin meneruskan trend peningkatan nilai sejak Disember 2023 di mana ia kembali mencecah nilai RM200,000 buat pertama kali sejak dua tahun.

Pada pagi ini, nilai Bitcoin telah turun semula ke RM250,962 yang masih lagi tinggi selepas menjunam seketika ke RM243,000 pada petang semalam.

Bagi pelabur Bitcoin trend ini pastinya amat menggembirakan kerana setahun lalu nilanya menjunam ke sekitar RM109K sahaja disebabkan faktor ekonomi pascapandemik serta skandal melibatkan FTX dan Binance. -Amanz